#Hiburan: “Terpaling Supercar Sampai Nampak B*doh” – Suami Fatin Afeefa Hina Orang Pakai Kereta Biasa, Tuanku Putera Johor Beri Pesanan

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen apabila dia dilihat menghina mereka yang memandu kereta biasa.

Difahamkan, Opai baru sahaja menganjurkan acara pertunjukan ‘supercars’ di Pavillion, Kuala Lumpur.

Advertisement

Dalam video tersebut, Opai berkata kereta jenis Mustang bukan dalam kategori supercar.

Mustang dikecualikan. Bila kita sebut supercar, Mustang bukan dalam kategori supercar. Mustang, kereta-kereta AMG (Mercedes), Honda pekak tu semua bukan eh. Paling bangang pun GTR. Itu entry level.

Jangan bawak najis dekat sini! Tadi ada dua biji FK8R (kereta jenis Honda), kita kata ‘Woi, jangan hina kami!’

Gara-gara video itu, Tuanku Putera Johor, Tunku Abdul Rahman tampil memberi pesanan kepada mereka di luar sana yang gemar merendah-rendahkan orang lain yang membawa kereta biasa.

TPJ

Dalam hantaran Instagram Story itu, Tunku Abdul Rahman meluahkan rasa sedih apabila ada yang menghina orang lain gara-gara jenis kereta yang dipandu mereka.

Ujar Tuanku, jangan pernah berasa riak dan sombong dengan harta yang dimiliki kerana ia boleh diambil kembali oleh Allah S.W.T. sekelip mata.

podcast kutuk pekerja sendiri
22 jam lalu

"Zaman Kejatuhan Bakal Tiba" - Podcast Syarikat Animasi Terkenal Dikecam, Rancak Mengutuk Pekerja Sendiri Di Podcast

The post “Terpaling Supercar Sampai Nampak B*doh” – Suami Fatin Afeefa Hina Orang Pakai Kereta Biasa, Tuanku Putera Johor Beri Pesanan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments