#Hiburan: (TAKZIAH) Penyanyi Veteran Rohana Jalil Meninggal Dunia

Pada Isnin yang lalu, penyanyi veteran Rohana Jalil dilaporkan lemah setelah sumber melaporkan bahawa beliau mengalami kebocoran usus.

Namun demikian, dikhabarkan juga bahawa pada waktu itu, beliau masih dalam keadaan stabil.

Advertisement

Terkini, rakan artis Rohana Jalil atau nama sebenar Dara Abdul Jalil, Zur Eda telah mengesahkan bahawa Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11:33 malam tadi. Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

Kak Ana kembali ke Rahmatullah di sisi keluarganya pada jam 11:33 malam

rohana jalil meninggal duniaSumber : Zur Eda  

Sekadar info, Allahyarham Rohana Jalil telahj mendirikan rumah tangga bersama suaminya Jahangir Khan dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syakila Nisa (Kilafairy) dan Shakira Idora.

family rohana jalil

Kerjaya Allahyarham bermula apabila beliau memenangi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 di Auditorium Besar, Angkasapuri. Antara lagu yang popular sehingga kini adalah Rayuanku, Naluri Cinta, Resah Ku dan Jangan Main Mata.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

The post (TAKZIAH) Penyanyi Veteran Rohana Jalil Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments