#Hiburan: Cover Dah Macam Gila Isim Album Terbaru Dikutuk Untuk Autism Siti Nurhaliza Sound Netizen Di Instagram

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa amarah gara-gara tindakan seorang individu ini memberi komen melampau terhadap album terbarunya, Sitism.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti itu berkongsikan perkara tersebut menerusi di Instagram Story miliknya.

Advertisement

Difahamkan, individu berkenaan telah memperlekehkan konsep futuristik dan judul album yang diketengahkan dalam naskah terbaru Siti Nurhaliza itu.

Malah, individu itu turut menulis komen berbaur ableism dan menuduh penyanyi itu mempunyai masalah mental gara-gara fon kepala yang dipakai Siti dalam foto kulit albumnya itu.

Caprice
23 hours ago

"Alhamdulillah, Allah Sayang.." - Mondy Buat 'Live' Bersama Ibu Bapa Di Indonesia, Caprice Sindir 'Pentaksub' Ebit Lew

SitismInstagram

Sitism katanya. Bila search dekat Google keluar autism. Imej dan visual cyber retro futurism. Kau dah level penyanyi senior yang ada nama, bukan level awak keluar album dengan imej dan visual macam ni.

Macam gila isim kan, dekat kepala tu device untuk orang rawat masalah mental kan.

Tampil memberi respon mengenai kritikan itu, Siti kemudiannya mengambil tangkap layar hantaran berkenaan dan meletakkannya di Instagram Story.

Cantiknya bahasa kakak-kakak ni @kakwanlebor @bonda_putehkundor. Kita bagi SKMM periksa kejap!

Terdahulu, Siti mengumumkan kejutan buat peminat apabila dia bakal melancarkan album solonya yang ke-20 berjudul Sitism pada 30 Jun ini.

The post “‘Cover’ Dah Macam Gila Isim” – Album Terbaru Dikutuk Untuk ‘Autism’, Siti Nurhaliza ‘Sound’ Netizen Di Instagram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments