Penyanyi yang sering saja terpalit dengan kontroversi melibatkan wanita, Ismail Izzani memaklumkan bahawa dia enggan lagi peduli dengan sebarang gelaran mahupun tanggapan orang sekeliling terhadapnya.
Malah bagi Ismail, lebih baik dia mempunyai perasaan terhadap wanita daripada bernafsu songsang terhadap kaum sejenis.
Nasib baik kaki perempuan, kalau kaki lelaki? Bukankah lagi bahaya?
Tambah penyanyi lagu Sabar ini, dia mempunyai kehidupan peribadi dan mula belajar untuk menyusun keutamaan dalam hidup seperti membahagikan masa kerja, keluarga dan cara terbaik berdepan kontroversi.
Saya juga manusia biasa tak lepas melakukan kesalahan. Ini bukan bermaksud saya gembira dengan apa yang lakukan dan saya tak cakap saya menyesal berada dalam bidang ni.
Ujar Ismail, setiap kontroversi yang menimpanya adalah satu proses pembelajaran dan adalah cabaran buat dirinya sebagai anak seni.
Ini adalah cabaran yang saya perlu hadapi sekarang. Jaga reputasi diri, fikirkan soal keluarga dan masa depan.
Saya percaya sentiasa ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Pokok pangkal bagaimana saya berdepan dan bukan lari daripada masalah.
Terdahulu, nama Ismail Izzani menjadi tumpuan apabila wujud dakwaan berbaur fitnah yang mengatakan penyanyi itu telah menghamilkan seorang wanita di luar tali pernikahan.
Ismail kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan ia adalah fitnah semata-mata.
The post Ismail Izzani Akui Lagi Bahaya Jika Ada Nafsu Songsang -“Nasib Baik Kaki Perempuan, Kalau Kaki Lelaki?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments