#Hiburan: Kau Pangkat Lagi Kecik Dari Aku La Pangkat Rendah! Tular Pegawai Kanan Tengking Merendah-Rendahkan Anggota Polis

Kalau ada pergaduhan kita akan panggil pihak polis untuk cuba leraikan dan individu yang terlibat akan dibawa ke balai untuk selesaikan.

Tapi, lain pula kali ini apabila polis pula yang dilihat bergaduh mulut sesama mereka di depan orang di tempat awam.

Advertisement

TS Musa Hassan Elly
3 bulan lalu

"Bukan Saya Yang Sebarkan" - Isteri Tan Sri Musa Hassan Nafi 'Viralkan' Video Pergaduhan, Sesal Muka Anak Jelas Terpampang

Tular rakaman menunjukkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis menengking merendah-rendahkan pangkat seorang anggota polis lelaki.

Kejadian berlaku di Taman Seri Gombak dan ketika itu anggota polis tersebut telah datang ke situ selepas mendapat panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang wanita menyamar sebagai pegawai polis.

Apabila tiba, dia dapati seorang wanita sedang duduk dalam Perodua Bezza seperti sedang mabuk dan dia dikatakan mahu mengutip hutang lama daripada seorang wanita India.

Anggota tersebut kemudian meminta kad pengenalan wanita itu namun dia bukan sahaja enggan memberikan tetapi juga meminta polis beritahu apakah kesalahannya.

Wanita berkenaan yang naik angin disebabkan itu kemudian menengking dan memperlekeh anggota terbabit berkali-kali.

Kau pangkat lagi kecil dari aku lah! Lans koperal lah kau! Pangkat dah lah rendah!”

@edisi9official

Anggota berkenaan dimalukan wanita berkenaan ketika menyiasat kes penyamaran di Taman Seri Gombak. Anggota berkenaan telah dibuat dan siasatan terhadap wanita berkenaan sedang dilakukan. ? Media sosial #beritaviraltiktok #trendingnewsmalaysia #malaysianewupdate

? original sound – Edisi 9 (Official) – Edisi 9 (Official)

 

Wanita itu mendakwa dia seorang pegawai kanan polis dari Bukit Aman namun apabila ditanya dia hanya menunjukkan bahagian belakang kad kuasa.

Katanya, dia hadir ke lokasi tersebut kerana mempunyai urusan rasmi dan kemudian beredar daripada situ.

Anggota tersebut telah membuat laporan polis dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden dan wanita terbabit.

laporan

The post “Kau Pangkat Lagi Kecik Dari Aku La, Pangkat Rendah!” – Tular Pegawai Kanan Tengking, Merendah-Rendahkan Anggota Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments