#Hiburan: Kapal Selam Lawat Titanic Meletup Semua Lima Penumpang Disahkan Maut

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai berita kehilangan sebuah kapal selam yang membawa lima orang pelancong untuk melawat bangkai kapal bersejarah Titanic.

Terkini, kesemua lima orang pelancong di dalam kapal selam tersebut disahkan meninggal dunia.

Advertisement

Menurut Pengawal Pantai AS, kapal selam mereka telah mengalami “letupan bencana” di laut dalam.

Titan

Difahamkan, pengumuman tersebut dibuat selepas serpihan kapal selam tersebut ditemukan di dasar laut, 1,600 kaki (500 meter) dari Titanic.

Mangsa yang terlibat dikenali sebagai Hamish Harding, Paul-Henri Nargeolet, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman, dan Stockton Rush.

Susulan itu, kesemua operasi mencari dan menyelamat multinasional telah ditamatkan selapas empat hari kapal pelancong kecil itu hilang di Atlantik Utara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kapal selam ke titanic hilang
2 hari lalu

Bayar Hampir RM1 Juta Demi Lawat Bangkai Titanic, 5 Orang Naiki Kapal Selam Dilaporkan Hilang Dari Radar

The post Kapal Selam Lawat ‘Titanic’ Meletup, Semua Lima Penumpang Disahkan Maut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments