#Hiburan: Terpilih Jadi ‘Opening Act’ Konsert Coldplay, Bunga Isme Jawab Pertikaian Ramai – “Saya Pun Terkejut..”

Sebelum ini, penyanyi, Bunga memaklumkan dia terpilih untuk menjadi artis pembukaan atau opening act konsert Coldplay yang akan diadakan pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan pemilihan penyanyi berusia 23 tahun itu sebagai penyanyi pembukaan untuk konsert penyanyi kumpulan antarabangsa terkenal itu.

Advertisement

Tampil memberi respon, Bunga berkata dia akan cuba membuat persembahan yang terbaik dan memperkenalkan muzik Malaysia kepada orang luar.

Saya tahu, ramai yang pertikaikan kenapa saya jadi opening act untuk kumpulan Coldplay. Tapi saya akan cuba buat sehabis baik untuk persembahan pembukaan itu nanti.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkata dia mendapat tahu mengenai berita tersebut kira-kira dua bulan lalu sebelum tiket mula dijual.

Bila dapat tahu, sudah tentu terkejut, sebab bila masa pula mereka pilih saya. Tahu-tahu sudah terpilih. Saya terkejut dan speechless.

Kita membesar dengan lagu-lagu Coldplay, kita tahu showmanship merekaa macam mana.. Jadi memang saya akan berusaha untuk buat yang terbaik.

Difahamkan, penyanyi berasal dari Perak itu akan mempersembahkan dua buah lagu iaitu Buai dan Intan Payung pada konsert tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

intan saleh nafi lari dari izreen azminda
2 jam lalu

"Tiba-Tiba Dapat Surat Saman.." - Intan Saleh Nafi 'Lari', Izreen Azminda Yang Tak Respon Bila Ajak Berjumpa?

The post Terpilih Jadi ‘Opening Act’ Konsert Coldplay, Bunga Isme Jawab Pertikaian Ramai – “Saya Pun Terkejut..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments