Fuhh, cuaca panas sekarang ni memang tak boleh bawa bincang kan? Kalau terdedah terlalu lama ni, confirm kulit kering. Dah jadi satu masalah…
Bukan itu saja, kalau kita terdedah dengan persekitaran yang kotor pun akan mengundang kepada masalah kulit yang lain seperti masalah penuaan dan masalah kulit berjerawat. Ish, ish, ish, apa solusi terbaik?
Kalau anda nak tahu apakah cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang bersih dan lembap sepanjang musim panas ni, jom kami kongsikan rangkaian produk Neutrogena!
Membersih Lebih Mendalam, Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser Pilihan Terbaik!
Antara punca jerawat cepat naik pada muka adalah hasil daripada sisa kotoran yang tak dicuci dengan bersih. Maklumlah, perkara sekecil zarah ini kita bukannya perasan pun betul tak?
Lepas ni anda dah tak perlu ragu-ragu kalau kulit tak bersih lepas cucian sebab dengan Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser, ia dapat menanggalkan segala sisa kotoran dan pencemar mikro sehingga *99% tau! Pergh, biar betul?!
*berdasarkan data percubaan klinikal, 2020
Untuk pengetahuan, Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser mengandungi bahan-bahan yang bersesuaian dengan semua jenis kulit seperti gliserin.
Paling penting, pencuci muka ini dihasilkan menggunakan teknologi Amino Micellar yang sangat berkesan dalam membersih lebih jauh dan mendalam menerusi liang roma kulit anda. Haa, jadi anda tak perlu risau tentang kotoran yang tertinggal pada kulit!
Selain itu, Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser ini juga sangat bagus untuk kulit anda sebab dengan setiap sapuan pencuci, ia dapat memadankan pH pada kulit anda dan ia tak akan mengganggu skin barrier anda. Bestnya!
Psst, kalau nak kulit yang sihat dan bersih kena lah melabur sikit kan? Dengan harga mampu milik RM23, anda kini boleh menikmati kulit yang jauh lebih glowing!
Kulit Cerah & Glowing, Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser Mampu Baiki Tona Kulit
Selain rasa annoying dengan jerawat yang tiba-tiba muncul entah dari mana, tona kulit tak sekata pun boleh buat kita rasa tak yakin untuk keluar berjumpa dengan orang betul tak? Belum cerita lagi dah cuba macam-macam produk untuk baiki tona kulit…
Berita gembira, kini anda boleh tampil lebih yakin dengan tona kulit yang lebih sekata, cerah dan glowing dengan menggunakan Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser!
Sama seperti pencuci sebelum ini, Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser mengandungi bahan yang mesra pada kulit iaitu gliserin serta Niacinamide yang dapat mengawal dan memperbaiki tona kulit tak sekata. Selain itu, ia juga dapat menanggalkan *99% kekotoran dan pencemar mikro. Pergh, bagusnya!
*berdasarkan data percubaan klinikal, 2020
Pencuci muka ini dihasilkan dengan teknologi Amino Micellar yang dapat membersih jauh ke dalam liang roma serta dapat mengimbangi pH kulit anda dan tidak akan mengganggu skin barrier. Barulah kulit kekal berseri selepas dibersihkan!
Kalau anda berminat untuk mencuba sendiri pencuci muka ini dan nak tengok sejauh mana ia dapat membantu membaiki tona kulit, anda boleh dapatkan di Guardian berdekatan atau secara atas talian di laman web Guardian pada harga RM26.80 saja!
Nikmati Kelembapan Kulit Sehingga 5 Kali Ganda Dengan Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel!
Kalau anda tengok cuaca sekarang ni, panas dia tak boleh bawa bincang sampai kulit yang dulunya sentiasa lembap, mula mengering! Dah satu hal nak kena apply pelembap selalu sebab takut kalau biar mengering, kulit akan mengelupas.
Tapi, anda tau tak apa solusi terbaik untuk kulit ketika menghadapi cuaca kering kontang ni? Semestinya pelembap kulit Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel! Serius best sebab kami dah cuba sendiri tau!
Menariknya, pelembap ini bukan saja ringan pada kulit, malah kulit anda akan terasa lebih dingin pada setiap sapuan tau!
Kalau anda nak tahu, pelembap ini dirumus dengan 1% faktor pelembap semulajadi yang mengandungi Asid Hyaluronik, yang membantu mengekalkan air untuk penghidratan berpanjangan, Asid Amino untuk menyokong dan menguatkan skin barrier, dan Elektrolit untuk meningkatkan penyerapan bahan.
Paling best, Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel dapat menyampaikan 5 kali ganda lebih *penghidratan berbanding dengan kawalan yang tak dirawat untuk skin moisture barrier 80% dengan lebih kuat! Ini yang kita mahukan!
*berbanding dengan kawalan yang tidak dirawat
Kalau anda nak cuba rasai sendiri betapa sejuk lembapnya kulit anda, anda boleh dapatkan pelembap ini pada harga RM81 di Guardian berdekatan atau secara atas talian di laman web Guardian!
Jom Sayangi Kulit Dengan Rangkaian Neutrogena!
Haa, kami pun dah cerita semua kebaikan yang ada pada rangkaian Neutrogena ni, anda tunggu apa lagi! Cepat rebut peluang keemasan untuk dapatkan kulit yang bersih, cantik dan lebih glowing dengan Neutrogena sekarang!
Untuk kesan yang lebih efektif, kami sarankan anda untuk menggunakan pencuci muka Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser atau Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser mengikut kesesuaian kulit, dan kemudian hidratkan kulit dengan Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel! Confirm kulit bersih dan lebih glowing!
Dapatkan Deep Clean Foaming Cleanser dan Hydro Boost kegemaran anda dengan potongan 15% untuk rangkaian terpilih, serta nikmati diskaun 20% untuk pek bundle apabila anda membeli di Guardian secara fizikal atau atas talian dari 30 Mei hingga 28 Jun.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian Neutrogena, layari laman web rasmi Neutrogena atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram!
Sumber gambar di dalam artikel ini adalah hasil daripada @Goody25
The post ‘Dah Lah Sejuk, Kulit Pun Terasa Lebih Bersih & Terhidrat…’ – Ini Kebaikan Rangkaian Neutrogena Yang Anda Perlu Tahu! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments