Selepas berbagai kontroversi melanda pasangan selebriti ini, pelakon dan penyanyi, Janna Nick akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasihnya, Dini Schatzmann.
Janna dan Dini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid A’ishah Sungai Menghulu, Langkawi pagi tadi.
Menurut laporan Mstar, Dini dinikahkan oleh bapa Janna sendiri iaitu Muner Abdullah dan disaksikan oleh pengerusi masjid A’isyah dan dua sepupu pengantin perempuan.
Janna turut menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 simbolik tarikh perkenalan mereka iaitu pada 27 Mac 2019.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun itu mengakui sedikit gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan in shaa Allah, seorang ibu.
Sementara itu, Dini pula mengakui teruja untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega juga, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
Difahamkan, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan beberapa rakan artis yang terdekat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Teka-Teki Terjawab, Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments