#Hiburan: Terima Kasih Kerana.. Nabila Razali Hadir Majlis Kahwin MK K-Clique Jadi Tumpuan Tutup Ruangan Komen Di IG

Perkahwinan penyanyi MK K-Clique bersama isteri, Siti Hajaar disambut meriah pada majlis resepsi di Hotel Wydham Acmar, Klang malam Sabtu lalu.

Ramai rakan artis dan selebriti turut dilihat hadir memeriahkan majlis antaranya rakan duet MK, Nabila Razali.

Advertisement

Nabila yang anggun mengenakan gaun serba putih itu turut memuat naik momen indah dan menzahirkan perasaan gembira di atas perkahwinan rakan industrinya itu di Instagram.

Tahniah Muhammad Hairi Amin dan Siti Hajaar. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyaksikan momen indah ini. Such a lovely couple. Terima kasih kerana mengundang saya.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu juga bertindak menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan.

Sekadar info, MK dan pasangannya telah melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu bertempat di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Skandal
1 jam lalu

Penyanyi Wanita Bertudung Didakwa Berskandal Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang?

The post “Terima Kasih Kerana..” – Nabila Razali Hadir Majlis Kahwin MK K-Clique Jadi Tumpuan, Tutup Ruangan Komen Di IG first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments