#Hiburan: Dia Memang Cium Bersungguh Ara Johari Trauma Dicabul Peminat Fanatik

Penyanyi, Ara JohariAra Johari berkongsi detik cemas apabila dia diganggu secara seksual oleh seorang peminat lelaki.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ara atau pemilik nama penuh Nurfarrah Izzatie Johari berkata kejadian berlaku ketika dia selesai membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan.

Advertisement

Difahamkan, lelaki berkenaan pada mulanya hanya meminta untuk bergambar bersama penyanyi berusia 26 tahun itu.

Selepas melayani permintaannya untuk bergambar, lelaki berkenaan masih berlegar di kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, Ara memaklumkan lelaki berkenaan juga menarik dan mencium tangannya sebanyak dua kali.

Saya ingatkan dia nak fist bum je, tapi dia terus tarik tangan saya nak salam.

Bukan cium biasa tau, dia memang cium bersungguh betul.

Malah, penyanyi lagu Warkah Untukku itu juga tidak mampu untuk menarik semula tangannya kerana telah digenggam kuat oleh lelaki berkenaan.

Tidak mendiamkan diri, Ara telah membuat laporan polis dan lelaki berkenaan dipercayai telah ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan penyanyi itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ain Edruce
14 hours ago

"Kalau Tak Suka Perangai Saya Jangan Jemput Ke Majlis" - Ain Edruce Jawab Kontroversi 'Cium' Di Perkahwinan Janna Nick

The post “Dia Memang Cium Bersungguh” – Ara Johari Trauma Dicabul Peminat ‘Fanatik’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments