Sejak membuat pendedahan mengenai suami tidak menemai sewaktu mahu bersalin serta tiada ketika membuat pendaftaran MyKid anak, netizen amat bersimpati dengan nasib seorang wanita bernama Cik Pia.
Selepas bercerai, bekas suami yang juga merupakan seorang Guru TikTok telah mengahwini wanita lain untuk kali ketiga dan hal yang membuatkan Cik Pia berasa kecewa kerana lelaki terbabit culas memberi nafkah anak-anak.
Tidak mendiamkan diri, Guru TikTok yang dikenali sebagai Boss Kay menegaskan bahawa dirinya dia sudah selesai menyelesaikan bayaran nafkah cuma tidak memberitahu secara umum dan memberitahu ia melibatkan duit puluhan ribu ringgit.
Susulan itu, Cik Pia membalas bahawa dia hanya menerima sekitar RM3000 sahaja untuk tampung kos bersalin serta keperluan lain selama 7 bulan ini.
Dalam pada itu, duit puluhan ribu ringgit itu pula adalah bayaran semula segala hutang Boss Kay terhadap bekas isteri termasuklah KWSP dan pembelian barangan pejabat sewaktu tahun 2022.
Sekadar info, konflik antara Cik Pia dan Boss Kay mula menjadi perhatian setelah wanita terbabit memuat naik video bahawa suami mengabaikannya serta meluangkan masa dengan wanita lain sewaktu dia sedang menunggu hari mahu bersalin di hospital.
The post “Aniaya Isteri Anak Terang-Terangan” – Cik Pia Dedah Boss Kay Hanya Beri RM3K Untuk Kos Bersalin & Nafkah 7 Bulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments