#Hiburan: “Jangan Kurang Ajar..” – Linda Rafar Bengang Dituduh Tak Bayar Hutang ‘Goodies’ Kahwin

Sebelum ini, seorang wanita telah meninggalkan komen di laman Facebook sebuah portal hiburan mengenai pelakon dan penyanyi, Linda Rafar yang didakwa tidak membayar hutang.

Menerusi hantaran tersebut, Linda mendedahkan bahawa dirinya mempunyai kebolehan untuk mengurut dan juga membaca hati seseorang.

Advertisement

Susulan itu, individu berkenaan meminta penyanyi berusia 45 tahun itu untuk membaca hatinya dan memaklumkan dia masih belum membayar hutang cenderahati atau goodies untuk majlis perkahwinannya kira-kira 17 tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

Tampil memberi respon, Linda atau nama sebenarnya Azlinda binti Abdul Rafar menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa dia langsung tidak mengenali individu berkenaan.

Saya rasa dia salah orang. Tak ada mengena langsung dengan saya. Perkahwinan saya diadakan di Hotel Concorde dan semua persiapan disediakan oleh pihak hotel.

Tambahnya lagi, sepanjang majlis diadakan dia hanya berurusan dengan rakan serta saudara mara terdekat dan langsung tidak melibatkan orang luar.

Memang saya tak kenal siapa dia. Sajalah ni nak mengaibkan orang. Katakanlah kalau saya terlupa, mesti kita akan ingat balik ada lagi ke hutang yang kita belum bayar.

Dalam pada itu, penyanyi dari kumpulan Elite itu turut meminta individu berkenaan untuk berjumpa dengannya sekiranya mempunyai masalah.

Kalau dia berani buat macam ini, saya minta dia ke depan untuk bertemu dengan saya sendiri. Saya pun nak jumpa tengok siapa dia ni. Jangan kurang ajar sampai tahap komen di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Linda Rafar tak bayar hutang
3 hari lalu

"Call Tak Angkat, Dah Macam Pengemis" - Individu Dakwa Artis Wanita 'Pandai Mengurut' Tak Bayar Hutang 'Goodies' Kahwin

The post “Jangan Kurang Ajar..” – Linda Rafar Bengang Dituduh Tak Bayar Hutang ‘Goodies’ Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments