Sejak beberapa hari lepas, hangat menjadi bualan tentang wanita yang mempunyai tatu di muka dikenali sebagai Mondy selepas tular video dia dibantu oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.
Mondy yang berasal dari Indonesia itu kini sudah berada di Malaysia dan sama-sama membantu Ebit Lew mempromosikan produk makanan.
Ramai bersuara dan mendakwa Ebit Lew hanya menggunakan wanita untuk ‘content’ dan kepentingan dirinya sendiri apatah lagi Mondy pula sebelum ini merupakan pempengaruh di negara asalnya.
Ebit dan Mondy sering membuat live di TikTok bersama rakan pendakwah dari negara seberang, Ustaz Derry Sulaiman dan terbaru, dia telah bersuara tentang keraguan netizen terhadap dua rakannya itu.
Menerusi satu video di TikTok, ustaz Derry meminta orang ramai untuk tidak menyebar fitnah dan berkata apa yang berlaku semua adalah lakonan.
Saya orang Indonesia, saya tahu bagaimana kehidupan Mondy sebelum berjumpa ustaz Ebit Lew. Memang dia viral tapi kita tidak fikirkan bagaimana hari hari dia. Kehidupan dia kita tidak tahu.”
Dia juga turut berkata penghijrahan Mondy ke Malaysia adalah atas tujuan untuk mendalami ilmu agama dan dapat menjauhkan diri daripada kehidupan lama selain kerana mahu membantu kewangannya (dengan bisnes).
Ebit Lew juga berkata setiap hari isterinya mengajar Mondy untuk menunaikan solat dan membaca al Quran.
@chaatwin32 Bersangka baik jelah..mngkin ebit lew nk bawk dye ke jalan allah..doa yg baik2..insyaallah #fypdongggggggg #masukberandafyp #ustazebitlew #mondytatto #fyp??viral?tiktok #ustazderrysulaiman #fyp??viraltiktok
The post “Saya Orang Indonesia, Saya Tahu Bagaimana Kehidupan Dia” – Kisah Mondy Didakwa Hanya Lakonan, Ustaz Derry Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments