#Hiburan: Bunuh & Bakar Teman Wanita Untuk Sorok Kehamilan, Pemuda 20 Tahun Berdepan Hukuman Mati

Kes pembunuhan kejam seorang wanita berusia 21 tahun yang dilakukan oleh teman lelakinya menggemparkan satu negara selepas dia bukan sahaja ditoreh di perut tetapi juga dibakar.

1 minggu lalu

Pemuda 20 Tahun Tikam, Toreh Perut & Bakar Teman Wanita Kerana Enggan Rahsiakan Kehamilan Luar Nikah

Advertisement

Suspek berusia 20 tahun itu, hari ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar atas pertuduhan membunuh mangsa yang hamil.

Mengikut pertuduhan, dia membunuh seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Benteng Laut, Sungai Besar, Sabak Bernam kira-kira jam 8.30 malam pada 22 Mei sehingga 8 pagi 23 Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali yang juga merupakan bekas penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dituduh mengikut Seksyen 302 Seksyen Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah kemudian menetapkan 3 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin manakala pendakwaan dikendalian Pengarah Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Muhammad Afiq Qiwamuddin.

Muhammad Nor telah memohon agar pertuduhan yang dihadapi anak guamnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi agar pihak pendakwaan mengemukakan dokumen berkaitan pertuduhan hari ini.

Terdahulu, kes ini mendapat liputan meluas media selepas motif pembunuhan tersebut dilakukan dipercayai untuk menyembunyikan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit.

Bedah siasat ke atas mangsa sebelum ini turut mendapati punca kematian adalah disebakan luka tikaman pada dada pada badan yang melecur.

The post Bunuh & Bakar Teman Wanita Untuk Sorok Kehamilan, Pemuda 20 Tahun Berdepan Hukuman Mati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments