Kata-kata pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia dan menggunakan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka sehingga hari ini masih menjadi bualan ramai.
Bukan hanya netizen di Malaysia tetapi Harith Iskander dan pelawak Singapura, Kumar juga turut memberikan respon mereka serta menegur Jocelyn.
Terbaru, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Aziz pula memberikan kenyataan dan memohon agar rakyat Malaysia untuk lebih bertenang.
Kata beliau, rakyat kita tidak perlu mudah naik angin dengan kritikan daripada orang lain dan jadilah seseorang yang tenang.
Kenapa tidak ambil batu letakkan di atas tanah dan kemudian kata ini kepala bapa kamu dan kemudian pijak kaki kamu di atasnya!”
Tambahnya, kita tidak perlu menjadi seperti kebudak-budakan tentang situasi panas yang berlaku itu kerana ia sama seperti ketika waktu kecil apabila kita sentap kerana rakan mengejek kita atau orang yang rapat dengan kita.
Terdahulu, ramai individu mengkritik pelawak wanita itu selepas video tersebut tular di media sosial malah salah seorang isteri kru MH370 turut memberikan respon.
Intan Maizura Othman, isteri kepada Mohd Hazrim Mohamed Hasnan, menyifatkan Jocelyn tiada empati dan langsung tidak sensitif kerana melawak tentang tragedi sebegitu.
The post DS Nazri Aziz Minta Rakyat Malaysia ‘Rilek’, Jangan Cepat Sentap Dengan Lawak Jocelyn Chia – “Tak Perlu Jadi Childish” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments