#Hiburan: “Manipulasi Anak Untuk Benci Ibu Bapa Adalah Perbuatan Keji” – Status IG Farid Kamil Curi Perhatian

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Farid Kamil sering menjadi tumpuan ramai dan kali ini sekali lagi menjadi bualan warganet setelah memuat naik satu hantaran status di Instagram Story.

Melalui status tersebut, Farid memuat naik quotes tentang tindakan memanipulasikan anak-anak untuk membenci ibu atau bapa adalah perbuatan keji.

Advertisement

Namun begitu, pelakon tersebut tidak menyebut nama mana-mana pihak berhubung dengan status yang dimuat naik itu.

status ig farid kamil

Sebelum ini, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu mendedahkan bahawa isterinya, Diana Danielle telah menerima lapan barang kemas yang diberikan menerusi anak-anak, namun hal tersebut dinafikan oleh aktres berkenaan.

Sekadar info, pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan penceraian terhadap Farid susulan sudah tidak persefahaman lagi tetapi aktor itu enggan melafazkan cerai.

Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie iaitu Shukran Yusof memerintah pasangan terbabit untuk menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Diana Danielle tak terima cincin
2 hari lalu

"Saya Tak Pernah Ucap Terima Kasih, Tolak 8 Cincin" - Diana Danielle Nafi Terima Barang Kemas Daripada Farid Kamil

The post “Manipulasi Anak Untuk Benci Ibu Bapa Adalah Perbuatan Keji” – Status IG Farid Kamil Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments