#Hiburan: Dia Tidak Sepatutnya Memikirkan Saya Lagi Bapa Siti Sarah Tak Kisah Shuib Lebihkan Isteri & Keluarga Baru

Sedia maklum, minggu lalu pelawak Shuib Sepahtu telah pun mendirikan rumah tangga bersama isteri barunya, Watie Hanifiah.

Memberi respon mengenai perkahwinan yang baru dibina oleh Shuib, bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah yakin Watie mampu menjaga keempat-empat cucunya dengan baik.

Advertisement

Bahkan, Raisuddin turut meluahkan rasa gembira dengan perkahwinan Shuib serta Watie, baru-baru ini.

Bapa siti sarah shuib

Dalam pada itu, dia turut menambah bahawa dirinya tidak kisah jika Shuib mahu melebihkan Watie berbandingnya kerana itu memang tanggungjawab sebagai seorang suami.

Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

Sekadar info, Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Siti Sarah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

abang
2 days ago

Terlalu Cepat Menduakan Siti Sarah, Abang Arwah Tampil 'Backup' Shuib - "Makin Merapu Kome Ni!"

The post “Dia Tidak Sepatutnya Memikirkan Saya Lagi” – Bapa Siti Sarah Tak Kisah Shuib Lebihkan Isteri & Keluarga Baru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments