Bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini, usahawan Watie Hanifiah berkata dia tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran perkahwinan daripada Shuib.
Malah, Watie merasakan bakal suaminya itu mampu menjadi suami yang baik berdasarkan pengalaman perkahwinan bersama Allahyarhamah Siti Sarah sebelum ini.
Dia ada rekod yang baik, sebab bila kita nak kenal dengan orang itu kita kena ambil masa yang lama tapi macam dia lain, saya dah tahu sedikit sebanyak mengenai dia semasa dengan arwah.
Dia nampak boleh jadi suami dan pemimpin yang baik, jadi sebab itu saya yakin nak bawa hubungan itu lebih jauh.
Watie juga sempat berkongsikan detik awal perkenalan bersama pelawak itu di mana kali pertama dia menghantar mesej ucapan takziah di media sosial semasa Shuib kehilangan isterinya pada Ogos 2021.
Ceritanya lagi, lepas 5 bulan barulah Shuib membalas mesej tersebut dan mereka mula berhubungan selepas itu.
View this post on Instagram
Masa saya mesej mintak nombor telefon dan saya tak sangka dapat, tapi masa itu rasa macam apa yang saya buat ini, saya tak sepatutnya minta.
Dia pula ambil masa yang lama untuk balas jadi saya pun berserah dan tunggu dia balas.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengumumkan bahawa mereka bakal mengakhiri zaman solo dan bakal disatukan pada 23 Jun ini.
The post “Saya Mesej Ucap Takziah, Lepas 5 Bulan Baru Dia Balas” – Watie ‘Throwback’ Detik Perkenalan Dengan Shuib first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments