Tidak lama lagi, pelakon dan penyanyi rap iaitu Cat Farish akan mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Shikin Maembong.
Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan pasangan kekasih itu meminta tajaan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
Tampil menjawab dakwaan tersebut, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli menafikan perkara tersebut.
View this post on Instagram
Sebaliknya, penyanyi berusia 49 tahun itu menjelaskan bahawa segala tajaan yang diterima mereka merupakan pemberian daripada rakan-rakan.
Kita jumpa kawan lama, kita tak cari tajaan, ni kawan-kawan yang datang bagi. Jadi tu mungkinhadiah daripada mereka.
Malah, Cat berkata mereka berdua sebenarnya hanya merancang untuk menikah di masjid sahaja dan terus pergi berbulan madu.
Tapi Shikin tak pernah rasa bersanding, jadi apa salahnya saya tunaikan impian dia tu.
Sementara itu, Shikin menjelaskan adiknya, Emma Maembong banyak membantu dalam menguruskan persiapan majlis mereka berdua.
Maksud saya dekat situ dia (Emma) banyak bantu dari segi cari baju pengantin, makeup dan sebagainya.
Namun, timbul salah faham apabila Emma berkata terdapat pihak yang ingin memberi tajaan.
Dah bunyi macam kita cari tajaan, ada salah faham dekat situ tapi takpelah, biarlah apa orang nak cakap.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kawan-Kawan Yang Nak Bagi..” – Sedang Buat Persiapan Kahwin, Cat Farish Nafi Minta ‘Sponsor’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments