#Hiburan: Wajah Tenang, Hafidz Roshdi Berkopiah Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Pukul Isteri

Pelakon Hafidz Roshdi hadir di Mahkamah Kuala Kubu Bharu hari ini bagi sebutan kedua kes pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada.

Hafidz tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dan kelihatan tenang sambil diiringi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.

Advertisement

Hadir berpakaian jaket coklat dan berkopiah putih, Hafidz sempat memberitahu bahawa dia kini berada dalam keadaan baik dan enggan memberikan sebarang komen berhubung prosiding hari ini.

Alhamdulillah, saya baik-baik saja. Semuanya okay kalau nak tahu apa-apa boleh tanya peguam nanti.

Terdahulu, Hafidz telah diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia pada 29 Mac yang lalu oleh Hakim Majistret Siti Fatimah Talib.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa atas tuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Hafidz kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Yazmin Aziz
22 jam lalu

"Tidur Bilik Asing Ke?" - Yazmin Aziz Bercuti Di Bali Bersama Teman Lelaki, 'Bersemut' Tengok...

The post Wajah Tenang, Hafidz Roshdi Berkopiah Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Pukul Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments