#Hiburan: Ceroboh Bilik Hotel & Bertindak Agresif Bekas Kapten Harimau Malaya Ditahan Pihak Polis?

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini, ada saja nama pemain yang masih aktif ataupun tidak dalam arena bola sepak terpalit dalam kontroversi ‘panas’.

Kali ini, timbul pula isu tentang seorang bekas pemain bola sepak yang juga pernah menjadi kapten Harimau Malaya sekitar tahun 2000 ditahan pihak polis selepas didakwa menceroboh bilik di sebuah hotel di ibu kota.

Advertisement

Melalui laporan Harian Metro, pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan tindakan agresif yang dilakukan oleh pemain bola sepak itu hingga menyebabkan kekecohan.

pemain bola sepak harimau malaya

Ketika kejadian, terdapat seorang wanita berada di dalam bilik terbabit yang juga isteri kepada pengadu itu.

Untuk makluman, pemain bola sepak itu sudah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana mencerobohi.

Sebelum ini, tular mengenai bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya hingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

rizal ghazali
2 minggu lalu

Kes Pemain Bola Sepak Belasah GF, Ada Pihak Tampil Dakwa Diserang Lelaki Yang Sama - "Dikasari, Dicekik..."

The post Ceroboh Bilik Hotel & Bertindak Agresif, Bekas Kapten Harimau Malaya Ditahan Pihak Polis? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments