#Hiburan: Kes Ebit Lew: Daripada 936 Screenshot Dalam Telefon 146 Gambar Adalah Berunsur Lucah

Susulan kes Ebit Lew atau nama sebenar  Ebit Irawan Ibrahim Lew, seorang saksi memberitahu pihak Mahkamah Majistret bahawa sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisis daripada sebuah telefon bimbit.

Menurut Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, daripada 936 tangkap layar tersebut, 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

Advertisement

Dalam pada itu, Latifah memaklumkan beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis untuk sebuah lagi telefon bimbit dan mendapati lapan imej berunsur lucah.

Katanya, semua imej yang didapati adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati lapan imej berunsur lucah.

Sewaktu prosiding, Ram Singh iaitu peguam untuk Ebit Lew membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google kerana dia berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati oleh pendakwah tersebut seperti yang diperkatakan saksi.

Sekadar info, Ebit Lew berdepan dengan 11 pertuduhan dan antaranya adalah mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan serta gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

Ebit lew
1 jam lalu

"Husnuzon...." - Layari Laman Web L*cah Jepun Di Telefon Bimbit, Netizen Sangka Baik Ebit Lew Nak Berdakwah

The post Kes Ebit Lew: Daripada 936 ‘Screenshot’ Dalam Telefon, 146 Gambar Adalah Berunsur Lucah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments