Mengidam merupakan satu hal yang normal buat ibu yang sedang hamil untuk alaminya dan suamilah merupakan individu yang perlu banyak bersabar untuk melayan kehendak si isteri mahu makan apa ketika itu.
Bagaimanapun, perkongsiaan seorang wanita hamil yang mengidam tular di TikTok baru-baru ini membuatkan ramai netizen kurang senang.
Melalui perkongsiaan itu, si suami buntu untuk melayan kehendak isteri yang mengidam untuk minum minuman keras ataupun arak.
nya wanita tersebut, rasa mengidam mula muncul selepas dia tertanya-tanya apakah rasa sebenar air arak tetapi suaminya meminta agar si isteri untuk beristighfar susulan ia merupakan perkara yang dilarang disisi Islam.
Tahu tanggungjawab sebagai seorang suami, lelaki terbabit memberi cadangan untuk membeli air lain seakan-akan sama dengan arak tetapi versi halal.
Susulan video terbabit meraih perhatian ramai, rata-rata netizen menasihati wanita tersebut untuk tidak terlalu ‘melayan’ perasaan mengidam jika ia memudaratkan diri ataupun melanggar larangan agama Islam.
Barangkali sedar diri teruk dikecam selepas berkongsikan kisah mengidam, wanita tersebut telah pun memadam video asal dari akaun TikToknya.
The post “I Tak Main-Main, I Nak Tahu Rasa Dia” – Isteri Mengidam Nak Minum Arak, Suami ‘Pening’ Nak Layan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments