#Hiburan: Nak Cuba Guna Retinol Tapi Was-Was? Anda Mungkin Boleh Cuba Rangkaian Terbaru Neutrogena

“Weyh aku tak masuk 3 series lagi, kenapa dah ada kedut?”

Boleh relate dengan situasi ni? Umur tak sampai 30 tapi dah mula nampak tanda-tanda penuaan pada wajah seperti garis halus tepi mata, jeragat, bintik hitam serta kedutan.

Advertisement

Kadang-kadang tu, sampai rasa malu bila orang sangka kita lebih tua daripada usia yang sebenar. Segannya!!

Macam Mana Nak Guna Retinol?

Neutrogena RWR

Anda tak perlu risau, sekarang ni ada banyak produk yang boleh membantu bendung tanda penuaan awal ni. Salah satu rahsianya, anda perlu cari produk penjagaan wajah dengan kandungan retinol.

Tapi sebelum guna retinol, anda kena tahu apa tu retinol.

Retinol ni merupakan sejenis retinoid yang diekstrak daripada vitamin A. Ia merupakan bahan yang paling berkesan untuk membantu menghilangkan masalah kulit wajah seperti pigmentasi, parut, jerawat dan kemerahan.

Retinol berfungsi dengan lebih efektif untuk tingkatkan kadar pembaharuan sel kulit baru. 

Hasilnya anda akan dapat kulit yang lebih bersih dan sihat untuk jangka waktu yang panjang.

Menurut pakar, waktu terbaik untuk mula pakai retinol adalah pada usia 25 tahun keatas bagi maintain kulit wajah yang awet muda. Tapikan jenama retinol apa yang sesuai untuk beginner?

Wajah Kembali Muda Seawal 7 Hari* Dengan Neutrogena Rapid Wrinkle Repair®

Neutrogena RWR

Baru-baru ni kami dapat tahu yang jenama penjagaan wajah Neutrogena memperkenalkan produk terbaru iaitu Rapid Wrinkle Repair® dengan bahan utama Retinol.

Berbeza dengan produk retinol lain di pasaran yang kebiasaannya digunakan sebagai penjagaan wajah waktu malam. Neutrogena memperkenalkan set penjagaan wajah lengkap bagi memberikan hasil yang maksimum dan berkesan dengan Rapid Wrinkle Repair®.

Set Rapid Wrinkle Repair® ni terdiri daripada 3 produk utama iaitu:

1. Rapid Wrinkle Repair® Retinol Eye Cream (krim mata)

Neutrogena RWR

Rapid Wrinkle Repair® Retinol Eye Cream ini bebas minyak dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian. Ia membantu meremajakan dan meningkatkan keanjalan kulit sekeliling mata. 

Terbukti dapat mengurangkan garis halus sehingga 33%**.

Harga: RM99.90

2. Rapid Wrinkle Repair® Retinol Regenerating Cream (krim siang)

Neutrogena RWR

Rapid Wrinkle Repair® Retinol Regenerating Cream atau krim siang ini dapat membantu mengurangkan garis halus serta kedutan dalam masa 7 hari* untuk kulit yang lebih licin dan lebih muda.

Ia juga membaiki kulit semalaman, meningkatkan pembaharuan dan menegangkan kulit.

Harga: RM99.90

3. Rapid Wrinkle Repair® Retinol Night Moisturizer (krim malam)

Neutrogena RWR

Sama seperti krim siang Rapid Wrinkle Repair® Retinol Night Moisturizer juga bertindak 

mengurangkan garis halus serta kedutan dalam masa 7 hari* untuk kulit yang lebih licin dan wajah yang muda.

Selain itu, ia turut membaiki kulit semalaman, meningkatkan pembaharuan dan menegangkan kulit.

Harga: RM74.90

Guna Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF 50 PA+++ Untuk Kesan Yang Lebih Ketara

Neutrogena RWRSumber : Goody25  

Apabila menggunakan produk retinol, SPF MESTI digunakan pada siang hari bagi melindungi kulit wajah daripada cahaya matahari.

Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF 50 PA+++ mempunyai perlindungan Broad Spectrum UVA-UVB dan selesa digunakan pada wajah. Ia bebas minyak, anti tersumbat serta kalis air.

Kalau apply pada wajah pun rasa ringan je tau!

Harga: RM50.30

Nak hasil yang pantas dengan penggunaan Rapid Wrinkle Repair® , anda boleh amalkan rejimen ni, dalam penjagaan wajah pada waktu siang dan malam. Tapi pastikan anda apply selepas mencuci dan keringkan muka.

Neutrogena RWR

Rejimen Siang:

Langkah 1: Gunakan Rapid Wrinkle Repair® Retinol Eye Cream (krim mata)

Langkah 2: Sapukan Rapid Wrinkle Repair® Retinol Regenerating Cream (krim siang)

Langkah 3: Lindungi kulit daripada sinaran matahari dengan Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF 50 PA+++

Rejimen Malam:

Langkah 1: Gunakan Rapid Wrinkle Repair® Retinol Night Moisturizer (krim malam)

Langkah 2: Oleskan Rapid Wrinkle Repair® Retinol Eye Cream (krim mata) pada bahagian bawah mata.

Diuji Dermatologi, Formulasi Retinol Mampu Beri Penyerapan Yang Lebih Optimum

Neutrogena RWR

Rangkaian Neutrogena® Rapid Wrinkle Repair® Retinol baru ni menggunakan formulasi retinol yang distabilkan secara unik (Uniquely Stabilized Retinol), di mana retinol menyerap ke dalam permukaan kulit secara perlahan bagi meminimumkan potensi kerengsaan. 

Selain itu, formula retinol ini juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan menunjukkan ianya lembut dan sesuai untuk kegunaan harian.

Jadi anda tak perlu risau dengan kesan sampingan penggunaan retinol yang anda selalu baca tu, sebaliknya ikut penggunaan yang telah disarankan dan jangan lupa aplikasikan sunblock selepas menggunakan produk retinol pada siang hari.

Rangkaian formulasi Rapid Wrinkle Repair® mengandungi Retinol Tulen (Vitamin A) untuk memperbaharui rupa kulit secara berterusan, membantu melicinkan kedutan dengan cepat dan mengurangkan bintik-bintik gelap.

Asid Hyaluronik pula membantu menghidrat dan menambah semula kulit yang kering dan kusam dan Glucose Complex mempercepatkan aktiviti permukaan kulit dan mengurangkan penampakan garis halus serta kedutan.

Selamat tinggal kedutan awal! Jom Cuba Neutrogena Rapid Wrinkle Repair® Hari Ini

Jangan biarkan ‘mak cik bawang’ terus mengata! Jom kembalikan keremajaan kulit dengan rangkaian Rapid Wrinkle Repair® daripada Neutrogena.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk ini di aplikasi Shopee.

Psst, nikmati tawaran menarik di Shopee seperti diskaun 15% untuk semua produk Neutrogena Rapid Wrinkle Repair® Retinol dari 1 – 31.7 dan diskaun 30% untuk Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF 50 PA+++ pada jualan 7.7 dan PayDay Sales pada 25.7 tau!

Untuk maklumat lanjut mengenai Rapid Wrinkle Repair® dan produk Neutrogena anda boleh ikuti Facebook dan Instagram mereka hari ini.

Neutrogena RWR

*Berdasarkan kajian klinikal 8 minggu

**4% LONGEVICELL® ditambah kepada produk Neutrogena Rapid Wrinkle Repair®. Seperti yang dibuktikan oleh ujian klinikal, 21 wanita berumur 43 dan 69 tahun menggunakan pelembap yang mengandungi 4% LONGEVICELL® dua kali sehari selama 28 hari, kedutan kurang kelihatan dan jumlah kawasan kedutan berkurangan sebanyak 33% selepas dianalisis melalui perisian analisis impak. Silab, 2006.

The post Nak Cuba Guna Retinol Tapi Was-Was? Anda Mungkin Boleh Cuba Rangkaian Terbaru Neutrogena first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments