#Hiburan: “Matang Sikit, Pi Ngadu Depan Sejadah” – Leona Perlukan Terapi, Netizen Nasihat Dekati Tuhan

Siapa saja yang tidak mengenali, Kasih Iris Leona seorang pempegaruh yang sering kali terpalit dengan kontroversi-kontroversi ‘panas’.

Leona yang juga merupakan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman ada memuat naik ciapan di Twitter bahawa mahu mendapatkan rawatan psikiatri atau terapi minda.

Advertisement

Biarpun tidak memberitahu punca dirinya mahu mendapatkan rawatan tersebut, rata-rata netizen membuat andaian barangkali gadis berumur 21 tahun itu tertekan kerana sering dikecam.

tweet leona

Susulan tweet menraih perhatian pengguna, ramai yang memberi saranan agar Leona lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang didakwa merupakan ‘pakar terapi’ terbaik buatnya ketika ini.

Dalam pada itu, ada juga menasihati gadis tersebut untuk lebih mematangkan diri agar seiring dengan umurnya.

komen netizen

komen netizen

Bahkan, sesetengah netizen memberi cadangan untuk Leona berhenti seketika dari mengguna media sosial supaya diri lebih tenang daripada dikecam masyarakat.

Sekadar info, Leona sebelum ini sering kali dikecam ramai gara-gara cara pemakaiannya yang dianggap terlalu menjolok mata dan tidak melambangkan seperti orang beragama Islam.

Ok
7 hari lalu

“Leona Ni Jenis Bodoh Setiap Hari” - Anak Sering Cetus Kontroversi, Azhar Sulaiman Risau Jadi Macam Aliff Syukri?

The post “Matang Sikit, Pi Ngadu Depan Sejadah” – Leona Perlukan Terapi, Netizen Nasihat Dekati Tuhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments