#Hiburan: “Siapa Yang Tak Move On Ni?” – Lufya Terima Permohonan Maaf, Minta Julia Jangan Jolok ‘Sarang Tebuan’

Semalam, pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa berang apabila isteri kepada bekas suaminya, Julia Farhana didakwa menggunakan nama anak perempuannya, Laana Haura untuk meraih publisiti.

Bukan itu sahaja, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah binti Sheikh Omar berkata dia akan mendedahkan video ‘sejarah hitam’ bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz sekiranya mereka gagal untuk membuat permohonan maaf.

Advertisement

Terkini, Julia tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon berusia 38 tahun itu menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Menerusi tangkap layar tersebut, Julia menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyentuh nama anak perempuannya, sebaliknya hanya sekadar ingin berkongsi tentang kebaikan Che Hafiz sebagai seorang suami yang baik.

I’m sorry Lufya, I didn’t know benda ni boleh jadi macam ni. I really just cakap pasal his qualities as a husband.

Dalam pada itu, Lufya meminta Julia untuk tidak lagi mengaitkan nama anaknya dalam sebarang isu pada masa hadapan dan berhenti menjolok ‘sarang tebuan’.

Dah jolok lepastu minta maaf.. lepastu jolok lagi! Siapa yang tak move on ni? Dah minta maaf tolong diam!

I pun letih nak layan semua ni. I dah jaga aib masing-masing. Jaga sensitiviti.

Malah, penyanyi lagu Doaku itu turut berharap mereka dapat membawa haluan masing-masing dan tidak lagi menganggu kehidupannya bersama anak.

You bahagia cara you, I bahagia dengan anak anak. Bahagia cara korang dan jangan sentuh nama anak yang tak dapat haknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

23 jam lalu

"Fitnah Kepala Hotak Kau!" - Berang Julia Sentuh Nama Anak, Lufya Ugut Dedah Video 'Sejarah Hitam' Bekas Suami

The post “Siapa Yang Tak Move On Ni?” – Lufya Terima Permohonan Maaf, Minta Julia Jangan Jolok ‘Sarang Tebuan’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments