Pemilik akaun Founder Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi memaklumkan bahawa dia akan memperkenalkan matawang baru bagi membantu kitaran ekonomi rakyat di Malaysia.
Dalam kenyataan yang dibuat di media sosial Faiz, ‘matawang’ baru itu bukanlah berbentuk crypto dan akan diberi percuma kepada rakyat.
Matawang baru akan mula diperkenalkan bersama di dalam Projek Misi Farms ini. Matawang ini akan ada nilai tersendiri di dalam kitaran ekonomi baru rakyat. Saya akan bentangkan info matawang misi ini very soon di tiktok dan Twitter. Komen jika berminat pic.twitter.com/D7DiRs3eP4
— Founder misi (@FounderMisi) June 16, 2023
Jelasnya lagi, matawang tersebut akan mempunyai nilai tersendiri dan akan meningkat bersandarkan ekonomi baru yang dimonopoli oleh rakyat sendiri.
Meskipun pengumuman itu seperti diterima baik netizen di Facebook namun dikecam hebat di laman media sosial Twitter.
Kata netizen, hanya Bank Negara Malaysia yang berkuasa untuk mengeluarkan matawang dan pengenalan ‘currency’ baru oleh mana-mana pihak dan individu adalah menyalahi undang-undang negara Malaysia.
Malah, ada yang mengkritik Founder Misi itu terlalu bercita-cita tinggi dan mungkin hanyalah seorang ‘scammer’ semata-mata.
Sekadar info, Faiz sebelum ini pernah melancarkan kempen menderma kepada pesakit bayi Athif yang menghidap penyakit genetik jarang berlaku iaitu Atrofi Otot Spina yang memerlukan dana lebih RM9 juta ringgit.
The post “Pakai Duit Jutaria Ke Bro?” – Founder Misi Bakal Perkenal Matawang Baru, Netizen Kritik Salah Di Sisi Undang-Undang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments