#Hiburan: Mengaku ‘Adopt’ Anak Kucing Untuk Jadikan Makanan Ular, Lelaki Undang Kemarahan Netizen – “Cel*ka Gila Perangai”

Viral di laman Twitter mengenai pendedahan seorang pengguna yang memaklumkan orang ramai mengenai tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan segelintir pihak di dalam sebuah group Facebook.

Menerusi ciapan tersebut, seorang individu dipercayai tergamak mengambil anak kucing dan arnab terbiar atau ‘adoption’ untuk dijadikan makanan ular peliharaan mereka.

Advertisement

Bukan itu sahaja, perbualan tersebut bermula dengan perkongsian gambar seorang wanita yang sedang memegang seekor ular peliharaannya.

Ada ke komuniti reptilia di Malaysia yang kita boleh duduk bersembang pasal reptilia? Saya nak jumpa orang yang suka ular macam saya.

Meninjau di ruangan balas, seorang lelaki telah memberi ‘tips’ mengatakan bahawa dia selalu mencari anak kucing atau arnab untuk diberikan kepada haiwan reptilia tersebut.

Saya dan kawan saya selalu ambil anak kucing atau arnab terbiar (adoption) untuk ular kami.

Malah, lelaki itu turut berani meminta mana-mana pihak yang ingin memberi anak kucing atau arnab mereka sebagai ‘adoption’ dan sanggup menipu dengan mengatakan haiwan mereka akan dijaga dengan baik.

Hi semua, ada tak siapa-siapa nak lepaskan anak kucing atau arnab. Saya nak adopt. Helga (ular) saya tengah sunyi, kesian dia.

Susulan itu, pendedahan tersebut telah mendapat perhatian dan mengundang kemarahan orang ramai sehingga meraih 7.3K ciap semula di laman Twitter.

Hal ini kerana, ramai yang menganggap anak kucing atau arnab yang diberikan sebagai ‘adoption’ adalah bertujuan untuk mencari tuan atau tempat tinggal yang lebih selesa dan bukannya untuk dijadikan sebagai makanan untuk haiwan reptilia.

Namun, ada juga yang mempersoalkan mengapa perkara itu menjadi isu besar sedangkan ianya seolah-olah sudah menjadi kebiasaan alam semula jadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 jam lalu

Jijik! Wanita Berhijab Dikecam Rakam Aksi Seperti Sedang Berjimak Dengan Suami - "Ya Allah Takde Maruah Ke?"

The post Mengaku ‘Adopt’ Anak Kucing Untuk Jadikan Makanan Ular, Lelaki Undang Kemarahan Netizen – “Cel*ka Gila Perangai” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments