#Hiburan: Warna ‘Bold’ Dan Corak Estetik Retro, Koleksi Christy Ng x Auto Bavarian Pasti Buat Penampilan Anda Lengkap!

Kalau sebut saja jenama Christy Ng, pasti ramai dapat bayangkan keunikan produk-produk yang dihasilkan dan membuat ramai pembeli tidak sabar menunggu keluaran kolabarasi baru daripada Christy Ng bersama jenama besar lain.

Masa yang ditunggu-tunggu pun sudah tiba, Christy Ng baru saja mengumumkan bahawa mereka kini berkolabarasi bersama Auto Bavarian untuk menampilkan design yang tampak ‘berani’ serta unik. Jom tengok sama-sama!

Advertisement

christy ng x auto bavarian

Menurut Christy Ng, biarpun ada saja yang cuba mewujudkan semangat jalanan, tetapi ketulenan Mini Cooper klasik sememangnya tidak dapat disangkal dan kolaborasi antara dua jenama ini menampakkan lagi keunikan design koleksi beg tersebut.

Susulan itu, melihat dari koleksi yang dipaparkan, Christy Ng sememangnya mengambarkan ciri-ciri simbolik ‘semangat jalanan’ serta sifat kompetitif iaitu dengan meletakkan corak checkered (berkotak-kotak) bagi menggambarkan garisan penamat matlamat serta impian seseorang.

christy ng x auto bavarian

Usahawan berjaya ini juga mahu memaparkan keseronokkan dengan memiilih corak yang lebih dinamik serta warna ‘meriah’ agar dapat menggambarkan suasana sewaktu di litar perlumbaan.

Bukan itu saja, corak berkotak-kotak turut dipilih untuk mengekspirasikan elemen reka bentuk klasik dalam industri fesyen serta menampakkan lagi estetik retro beg tersebut serta ia juga boleh menaikkan lagi ‘seri’ seseorang apabila menggunakan koleksi beg Christy Ng x Auto Bavarian ini.

christy ng x auto bavarian

Yang lebih menarik! Bukan saja kaum wanita saja boleh menggayakan beg koleksi kali ini, malah kaum lelaki turut boleh tampak berani dan menarik apabila menggayakan beg ini kerana warna bold serta corak dinamik yang dipilih oleh Christy Ng.

Untuk pengetahuan semua, pengguna boleh mendapatkan beg koleksi Christy Ng x Auto Bavarian serendah RM98 tau!

christy ng x auto bavarian

Tunggu apa lagi, jom lah ramai-ramai serbu laman web rasmi atau ikuti media sosial, Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram Christy Ng untuk tahu lebih lanjut mengenai koleksi ini ataupun mendapatkan beg rekaan Christy Ng x Auto Bavarian!

2 bulan lalu

Gabungan Konsep Moden & Klasik, Jom Sambut Raya Dengan Koleksi Rekaan Batik Christy Ng x UNIQLO UTme!

The post Warna ‘Bold’ Dan Corak Estetik Retro, Koleksi Christy Ng x Auto Bavarian Pasti Buat Penampilan Anda Lengkap! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments