Semalam, tular di media sosial mengenai seorang pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang membuat persembahan stand-up comedy di pentas Comedy Cellar di USA.
Menerusi video tersebut, Chia telah mengaitkan negara Malaysia dan kes misteri kehilangan pesawat MH370 di dalam lawak jenakanya.
Namun, perkongsian video itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutama rakyat Malaysia yang rata-ratanya menganggap pelawak itu telah menghina negara.
masuk Malaysia curi petrol 95..buat malu je x mampu beli minyak dlm negara sendiri. pic.twitter.com/lwwnDCb6f0
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 7, 2023
Turut terkesan dengan perkara tersebut, waris mangsa MH370 iaitu Intan Maizura Othman memaklumkan bahawa anak lelakinya masih meratapi kehilangan suaminya, Mohd Hazrim Mohamed Hasnan yang merupakan salah seorang kru pesawat.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Intan menyifatkan pelawak itu sebagai seorang yang tidak mempunyai empati dan tidak sensitif kerana menggunakan tragedi tersebut sebagai bahan lawak.
Awak tak kelakar langsung, anak saya masih masih nangis sampai sekarang. Saya yakin keluarga awak pun malu dengan lawak bodoh awak.
@intanmaizuraothaman #stitch with @ComedyCellarUSA Jocelyn Chia. Leave MH370 out of your humourless depressing gig. You such a disgraceful heinous individual! Not to forget your voice is sooo annoying! I don’t understand how the audiences can stay listening to your bad pitched voice.. #sistanyajer
? original sound – Intan Maizura Othaman ?? – Intan Maizura Othaman ??
Dalam pada itu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memaklumkan Chia tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Anak Saya Masih Menangis Cari Papa Dia” – Waris Mangsa MH370 Anggap Pelawak Singapura Tiada Empati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments