#Hiburan: Tiada Keperluan & Lebih Memudahkan, Ibu Bapa Pilih Buang ‘Bin Atau Binti’ Dalam Surat Beranak Anak

Umum mengetahui, kebanyakkan rakyat Malaysia yang dilahirkan sebagai Islam pasti mempunyai nama bin atau binti bapa mereka.

Perkara ini bagi menunjukkan anak tersebut sebagai anak lelaki atau perempuan kepada seseorang dan akan diletakkan pada sijil lahir dan kad pengenalan.

Advertisement

Namun, ibu bapa pada zaman sekarang lebih memilih untuk tidak lagi meletakkan bin atau binti dalam surat beranak anak mereka.

Seperti yang tular di laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi surat beranak anaknya yang tidak mempunyai bin atau binti.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut memaklumkan proses untuk mendaftar nama anaknya tanpa bin atau binti lebih mudah berbanding proses pendaftaran anak pertamanya 5 tahun lalu.

surat beranak

Susulan itu, timbul perdebatan antara netizen mengenai keperluan bin atau binti di dalam surat beranak dan kad pengenalan anak.

Meninjau di ruangan balas, ada segelintir pihak yang bersetuju dengan wanita berkenaan kerana perkataan bin atau binti sebenarnya tidak diwajibkan.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyokong bahawa sekiranya perkataan bin atau binti tidak diletakkan ianya lebih memudahkan urusan.

twittertwitter

Namun, berbeza pula dengan segelintir netizen yang menganggap perkataan bin atau binti perlu diletakkan bagi mengetahui sama ada individu tersebut adalah beragama Islam.

twitter

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

chia
1 hari lalu

"Anak Saya Masih Menangis Cari Papa Dia" - Waris Mangsa MH370 Anggap Pelawak Singapura Tiada Empati

The post Tiada Keperluan & Lebih Memudahkan, Ibu Bapa Pilih Buang ‘Bin Atau Binti’ Dalam Surat Beranak Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments