Pendedahan teman wanita kepada seorang pemain bola Sabah FC tentang keganasan yang dilakukan terhadapnya menjadi bualan hangat sejak semalam.
Menurut wanita dikenali sebagai Hana itu, dia telah dikasari dengan cara dipukul, digigit malah turut dihempas ke atas lantai oleh pemain tersebut.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di dalam bilik sebuah hotel di Petaling Jaya dan Hana mengalami kecederaan disebabkan serangan itu.
Susulan laporan polis dibuat olehnya, pemain bola sepak Liga Super terbabit telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan tersebut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis menerima laporan bahawa berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek.
Mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan dan kerosakan telefon bimbit miliknya.”
Suspek berusia 30 tahun yang juga merupakan bekas pemain Harimau Malaya itu bagaimanapun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.
Sementara itu, Hana juga mendedahkan bahawa dia bukanlah orang pertama yang dicederakan kekasihnya apabila ada pihak tampil mengaku pernah menjadi mangsa lelaki yang sama.
Dalam pada itu, Hana yang merupakan seorang doktor turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat dan menyokongnya.
The post Kes Pemain Bola Sepak Belasah GF, Ada Pihak Tampil Dakwa Diserang Lelaki Yang Sama – “Dikasari, Dicekik…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments