#Hiburan: Majlis Resepsi Ala Barat, Ramai Segan Janna Nick Jemput Ustaz Wadi Annuar – “Dengan Baju Tak Cukup Kain..”

Semalam, pelakon dan penyanyi, Janna Nick telah sah bergelar isteri kepada Dini Schatzmann dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid A’ishah Sungai Menghulu, Langkawi.

Terkini, pasangan selebriti itu telah mengadakan majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi .

Advertisement

Difahamkan, majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Elfira Loy, Nabila Razali, Ain Edruce dan ramai lagi.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar turut dijemput ke majlis tersebut.

Malah, Ustaz Wadi Annuar juga ditugaskan untuk menjadi pembaca doa pada majlis resepsi yang bertemakan ala-ala barat itu.

@affendyjailani

#jannanick #jannanickerfans #dinischatzmann #jannakahwin #jannanicknikal #fyp #fypindonesia

? original sound – Affendy Jailani – Affendy Jailani

Bagaimanapun, kehadiran pendakwah bebas itu di majlis tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengatakan tema majlis resepsi pasangan selebriti itu tidak sesuai untuk dihadiri oleh seorang agamawan.

Bukan itu sahaja, ada segelintir pihak yang meluahkan rasa segan kerana persalinan pengantin dan beberapa tetamu lain juga tidak menutup aurat.

janna

Berbeza pula dengan pendapat sesetengah netizen yang bersangka baik dan menganggap Ustaz Wadi Annuar hanya datang bagi memenuhi jemputan dan menjalankan tugas sebagai pembaca doa majlis.

wadi

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dini
1 hari lalu

Teka-Teki Terjawab, Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

The post Majlis Resepsi Ala Barat, Ramai Segan Janna Nick Jemput Ustaz Wadi Annuar – “Dengan Baju Tak Cukup Kain..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments