#Hiburan: Geng Susah Senang Tak Dijemput Majlis Nikah Shuib & Watie Meriah Tapi Geng Sepahtu Tiada?

Sedia maklum, semalam merupakan tarikh bermakna buat pasangan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah kerana telah selamat disatukan dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka disambut dengan penuh kegembiraan dan ramai keluarga serta rakan selebriti yang turut hadir ke majlis tersebut.

Advertisement

Walau bagaimanapun, terdapat satu persoalan yang ditimbulkan oleh netizen selepas mendapati tiada seorang pun daripada kumpulan Sepahtu hadir ke majlis pernikahan Shuib itu.

komen netizen

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh Hlive di laman Instagram beberapa rakan selebriti hadir dan antaranya adalah Marsha, Nora Danish, Wan Sharmila, MK K-Clique dan ramai lagi.

Namun kelibat Jep Sepahtu, Rahim Sepahtu dan Pak Ya sama sekali tiada dalam majlis tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sebelum ini, Jep mendedahkan bahawa Shuib enggan lagi menyertai program SRL kerana di’banned’ produksi TV gara-gara satu lawak berunsur lucah yang dibuat pelawak berkenaan. Dakwa Jep, Shuib kemudiannya digantung tugas namun sahabatnya itu tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Adakah Shuib tak jemput bekas ahli kumpulannya itu ataupun masing-masing mempunyai jadual yang tidak dapat dielak hingga membuatkan mereka tidak dapat hadirkan diri?

shuib
14 jam lalu

(TAHNIAH) Hanya Sekali Lafaz! Shuib & Watie Selamat Bergelar Suami Isteri

The post “Geng Susah Senang Tak Dijemput” – Majlis Nikah Shuib & Watie Meriah, Tapi Geng Sepahtu Tiada? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments