#Hiburan: Kemain Photoshoot Macam Ni Sebelum Nikah Netizen Kantoikan Shuib Dan Watie Bersentuhan Lebih Awal?

Susulan sebuah jenama kedai barangan kemas memuat naik gambar photoshoot pelawak Shuib dan isteri, Watie Hanifiah telah mengundang rasa kurang senang daripada kalangan netizen.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Watie posing sambil memakai koleksi barang kemas bersama suaminya susulan mendapat tajaan daripada syarikat tersebut untuk majlis perkahwinan mereka.

Advertisement

Beberapa individu ‘sakit mata’ melihat foto-foto tersebut kerana mendakwa gambar mesra pasangan itu diambil sebelum sah menjadi suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Jewels Malaysia (@sitijewelsmy)

Difahamkan juga, gambar Shuib dan Watie memakai salah satu busana songket itu juga pernah dimuat naik oleh penata gaya, Fairuz Sohor di laman Instagramnya pada 12 Jun lalu.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan pasangan tersebut dalam soal menjaga batas dengan bergambar rapat serta berpegangan tangan sebelum bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Sekadar info, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad telah menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini wanita bernama Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu.

Watie shuib
7 hours ago

“Bangun Pagi Know Know Dah Ada Husband” - Watie Hanifiah

The post “Kemain Photoshoot Macam Ni Sebelum Nikah” – Netizen ‘Kantoikan’ Shuib Dan Watie Bersentuhan Lebih Awal? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments