#Hiburan: Yusof Haslam Baru Tahu Syamsul Yusof & Puteri Sarah Bercerai Masih Berharap Berjodoh Semula

Sedia maklum, semalam pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu setelah sekian lama proses perceraian berlangsung.

Keputusan yang dilakukan itu diterima baik oleh kedua-dua belah pihak dan mereka juga kelihatan tersenyum sewaktu keluar dari mahkamah, semalam.

Advertisement

Sarah syamsul cerai

Susulan itu, pihak mStar telah menghubungi bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam untuk mengetahui perasaannya mengenai penceraian ini dan kata pengarah tersebut, dia mengetahui keputusan tersebut selepas pihak media mengeluarkan berita.

Biarpun menerima keputusan berpisah itu dengan hati terbuka, Yusof Haslam tetap berasa sedih dan masih meletak harapan agar pasangan tersebut kembali berjodoh semula.

Mereka bercerai talak satu, kalau ada jodoh boleh berbaik semula. Saya terima walau hati ini sedih sebab kalau boleh tidak mahu penceraian.

Puteri sarah syamsul cerai

Dalam pada masa yang sama, pengarah terbabit turut menegaskan bahawa dia serta isteri, Datin Patimah akan selamanya menganggap Puteri Sarah sebagai menantu mereka dan tiada sebab untuk mengenepikannya.

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumaiyyah, 5.

sarahsol
22 jam lalu

(TERKINI) Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

The post Yusof Haslam Baru Tahu Syamsul Yusof & Puteri Sarah Bercerai, Masih Berharap Berjodoh Semula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments