Sedia maklum, sejak isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memilih untuk kembali free hair, tidak henti-henti dirinya menerima kecaman daripada netizen hinggakan dia memilih untuk buat mod privasi untuk akaun Instagramnya.
Sewaktu ditemubual oleh pihak Oh Bulan, Haqiem berkata dia enggan mengambil pusing dengan komen nakal netizen mengenai isterinya membuka tudung.
Malah, penyanyi tersebut turut berkata netizen berhak meninggalkan pandangan mereka, namun tidak dihadapannya kerana bimbang diri akan bertindak luar kawalan.
View this post on Instagram
Saya jenis kalau orang nak kacau saya kacau lah, tapi jangan kacau isteri saya, mak saya itu saya tak boleh.
Dalam pada itu, Haqiem sama sekali tidak kisah jika netizen mahu menasihati isteri melalui mesej peribadi di Instagram tetapi tidak secara depan-depannya.
Difahamkan, penyanyi tersebut ditemubual oleh pihak Oh Bulan sewaktu menghadirkan diri di Jom Heboh yang diadakan pada Ahad lalu di Shah Alam.
The post “Pantang Orang Kacau Isteri!” – Bimbang Hilang Kawalan, Haqiem Rusli Minta Jangan Kutuk Isteri Depan-Depan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments