Majlis persandingan penyanyi rap MK daripada kumpuan K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar meriah dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan.
Sudah tentu, geng K Clique hadir sedondon untuk meraikan hari bahagia sahabat mereka namun kelibat salah seorang ahli kumpulan itu tidak kelihatan.
Kata Noki, dia terasa hati apabila Tuju tidak menghadirkan diri bukan sahaja ke majlis pernikahan tetapi juga pada malam persandingan MK.
Jelas penyanyi rap berusia 29 tahun itu, MK ada menghantar jemputan buat Tuju namun kelibatnya langsung tidak kelihatan di kedua-dua majlis.
Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kami yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang.”
Tambahnya, dia faham perasaan MK kerana dia sendiri kecewa apabila suami kepada Loca B itu tidak hadir pada hari bahagia sahabatnya.
Malah, Noki juga mendedahkan kali terakhir ahli kumpulan K-Clique semua berkomunikasi dengan Tuju adalah pada enam bulan lepas.
Apa yang saya boleh katakan, kami memang ada sedikit salah faham yang rasanya susah sikit nak diselesaikan.”
Ujarnya, K-Clique tiada masalah kita Tuju ingin kembali serta kumpulan itu namun sudah tentu ia sukar untuk menjadi akrab seperti dulu.
The post “Kami Berkawan Sejak Dulu, Sepatutnya Dia Datang” – Tuju Langsung Tak Datang Dua Majlis MK K-Clique first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments