Tular sejak semalam mengenai pendedahan sebuah akaun dikenali dengan nama SCRUT yang mendakwa suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang bukanlah pemilik sebenar kereta McLaren yang ditayang lelaki itu sebelum ini.
Pendedahan itu kemudiannya menjadi buah mulut netizen dan setelah pengendali akaun itu mendakwa kereta mewah itu sebenarnya milik sebuah syarikat iaitu Revenue Scope Sdn. Bhd.
Terbaru, isteri Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, Fatin Afeefa ada memuat naik video suaminya sedang terlantar sakit di hospital swasta.
Fatin juga menulis kapsyen yang mengatakan suaminya itu telah dipukul.
Kena pukul dengan geng Honda.
Mungkin sekadar bergurau, tiada penjelasan lanjut daripada pihak Fatin mahupun Aliff mengenai hal tersebut.
Terdahulu, Opai menerima kecaman hebat daripada netizen setelah dia dilihat melabel kereta yang bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.
Berikutan kecaman itu, Fatin dilihat ‘memerli’ suaminya dan memadam gambar mereka berdua di Instagram.
The post Fatin Afeefa Kongsi Keadaan Opai Di Hospital, Katanya Kena Pukul Dengan ‘Geng Honda’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments