Sebelum ini, pelakon, Julia Farhana meluahkan rasa kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kepada suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.
Menerusi hantaran di Instgram Story, Julia mengatakan suaminya merupakan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.
Malah, pelakon berusia 28 tahun itu turut mendedahkan bahawa Che Hafiz masih menyimpan baju anak perempuannya, Lanna Haura di dalam almari.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mengundang rasa kurang senang bekas isteri, Lufya Omar yang berang apabila nama anak perempuannya digunakan untuk meraih publisiti.
Jangan sentuh nama Haura! Kau nak publisiti kau up habis-habis nama laki kau je!
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 38 tahun itu meminta Julia dan bekas suaminya untuk berhenti berlakon seperti mangsa keadaan dan tidak menyentuh nama anaknya.
Tak habis-habis play victim, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis.
Malah, Lufya turut berkata dia akan mendedahkan video ‘sejarah hitam’ Che Hafiz sekiranya mereka gagal untuk membuat permohonan maaf.
Jangan sampai aku keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala hotak kau!
Info tambahan, Lufya mendirikan rumah tangga bersama Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, namun mereka bercerai pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun menduda, Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Fitnah Kepala Hotak Kau!” – Berang Julia Sentuh Nama Anak, Lufya Ugut Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments