#Hiburan: Gara-Gara Bising & Tarik Seluar Kawan Budak Darjah 1 Dikurung Dalam Pagar Besi

Seorang pengguna Twitter telah membuat pendedahan mengenai tindakan seorang guru yang dipercayai mengurung muridnya di dalam pagar besi.

Menerusi ciapan tersebut, pengguna dikenali sebagai Azuan Abd Ghafr berkongsi kejadian yang menimpa seorang murid berusia 7 tahun di sekolah anaknya.

Advertisement

Azuan telah memuat naik tangkap layar mesej di dalam grup WhatsApp ibu bapa dan guru di sekolah tersebut.

kurung

Ye tua, memang saya yang letakkan.

Difahamkan, guru berkenaan telah mengasingkan salah seorang murid di dalam pagar besi yang turut mempunya kotak TNB bagi menghukum kanak-kanak tersebut.

Budak tu bergurau dalam kelas, mulut tak tahu diam, main tarik-tarik seluar kawan.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa tindakan guru tersebut sebagai tidak wajar walaupun kanak-kanak itu berkelakuan nakal.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna berkata berkelakuan nakal merupakan sifat semula jadi kanak-kanak kerana mereka masih kecil dan belum mengerti apa-apa.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengatakan terdapat pelbagai cara lain untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak berkenaan dan bukannya mengasingkannya seperti banduan di dalam penjara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

22 hours ago

Mahkamah Bebaskan 17 Individu Didakwa Rusuh Di Kuil Sri Maha Mariamman

The post Gara-Gara Bising & Tarik Seluar Kawan, Budak Darjah 1 Dikurung Dalam Pagar Besi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments