#Hiburan: Penyanyi Wanita Bertudung Didakwa Berskandal Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang?

Memetik Utusan, seorang penyanyi wanita berhijab dikatakan ‘tangkap cinta’ dengan pengurusnya sendiri yang berstatus suami orang.

Difahamkan, ‘hubungan’ tersebut sudah lama dihidu oleh rakan-rakan dalam industri sejak ia berputik beberapa tahun ini.

Advertisement

Skandal

Kalau Cik Bunga sebut nama, memang ramai yang akan terkejutlah dan tak akan menyangka penyanyi bertudung ini boleh terjebak dengan suami orang.

Pengurus lelaki itu juga sudah berkahwin dengan orang luar daripada industri dan masih belum dikurniakan anak.

Penyanyi wanita itu juga dijemput menghadiri majlis perkahwinan seorang selebriti tempatan dan ramai pelik kerana pengurusnya tidak bawa isteri hadir sama ke majlis tersebut.

Pengurus itu dilihat hadir berdua bersama penyanyi wanita tersebut dan kedua-duanya menetap di hotel yang sama.

Cik Bunga paling hairan dengan isteri pengurus tersebut. Tak akanlah tak dapat hidu hubungan skandal suaminya sendiri di kala sudah makin ramai yang mengesyaki perkara itu.

Alif hadi yasmin hani
14 jam lalu

"Saya Masih Cuba.." - Ditanya Bila Akan Kahwin Dengan Yasmin Hani, Alif Hadi Komen Bukan Masanya Lagi

The post Penyanyi Wanita Bertudung Didakwa Berskandal Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments