#Hiburan: (VIDEO) Payung Punya Pasal Pekerja Kedai Serbaneka Dibelasah Sehingga Lunyai

Gara-gara enggan membayar untuk 3 batang payung yang dibeli, seorang pekerja kedai serbaneka 24jam di Kajang telah dipukul sehingga terlentang.

Menerusi rakaman litar tertutup yang di muat naik, kelihatan dua individu lelaki sedang bertikam lidah dengan dua pekerja kedai serbaneka tersebut.

Advertisement

Menurut sumber lagi, pertengkaran pada jam 5 pagi ini terjadi apabila dua lelaki tersebut yang kurang berakal enggan membayar untuk 3 batang payung yang diambil di kedai serbaneka tersebut.

Tambahan lagi, dua individu tersebut juga membeli minuman di kedai serbaneka itu.

 

 

 

pekerja dipukul

Mangsa yang mungkin bersangka baik telah menegur dua individu tersebut kerana mungkin mempercayai bahawa mereka terlupa membayar.

Namun demikian salah satu dari dua individu acah gangster tersebut telah memukul mangsa setelah berlaku bertengkaran.

kes pukul 7 eleven

Kelihatan juga dalam video dimana rakan sekerja mangsa telah cuba sedaya upaya untuk membantu rakannya yang dipukul tetapi tidak berjaya.

kes pukul 7 eleven

Ternyata ciri-ciri fizikal pekerja tersebut tidak menyebelahi beliau tetapi walauapapun, kalau setakat payung pun tak boleh bayar, itu bukan gangster namanya.

Walaupun rakan suspek cuba menghentikan pergaduhan tersebut, tetapi nasi sudah menjadi bubur kerana mangsa sudahpun lunyai dibelasah oleh suspek.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat diseru untuk menghubungi mana-mana balai polis di bawah IPD Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695.

The post (VIDEO) Payung Punya Pasal, Pekerja Kedai Serbaneka Dibelasah Sehingga Lunyai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments