#Hiburan: Hani Fadzil Dedah Kena Reject Jadi Hos Sebab Tak Cukup Seksi Netizen Persoal Nak Cari Host Ke Anak Ayam?

Ingatkan hanya berlaku di negara luar tetapi rupanya terjadi juga di Malaysia!

Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil baru-baru ini mendedahkan tentang satu sisi buruk dalam industri hiburan di negara kita.

Advertisement

Menerusi Twitter, Hani telah memuat naik gambar mempamerkan perbualannya di Whatsapp tentang satu kerja dalam bidang pengacaraan.

Berdasarkan perbualan itu, dia dimaklumkan bahawa client menolak untuk mengupahnya hanya kerana imejnya tidak cukup seksi.

Hani bagaimanapun berkata dia faham bahawa setiap pelanggan mempunyai pilihan dan dia hanya mahu berkongsi tentang realiti yang dilaluinya.

Perkongsian Hani itu mendapat perhatian ramai warganet dan sesetengah daripada mereka terkejut kerana tidak menyangka imej seksi lebih dipandang berbanding bakat.

komen3 komen2 komen1 komen4

Rata-ratanya menyuarakan tentang isu ini di dalam industri di mana wajah yang ‘elok’ lebih menjadi demand daripada bakat sebenar seseorang itu.

Dalam pada itu, segelintir warganet berkata hal yang dilalui Hani sebenarnya turut terjadi dalam industri lain dan mendakwa zaman kini rupa paras lebih diutamakan.

Nabila Razali aku terluka
7 months ago

"Dah Memang Takde Bakat" - Nabila Razali Akui 'Terluka' Terima Komen Sinis Netizen, Minta Jadi Pelakon Saja

The post Hani Fadzil Dedah Kena ‘Reject’ Jadi Hos Sebab Tak Cukup Seksi, Netizen Persoal – “Nak Cari Host Ke Anak Ayam?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments