#Hiburan: “Nicki Minaj Ke Ni..?” Persis Artis Hollywood, Nabila Huda Tampil Dengan Imej Rambut Terbaru

Nabila Huda kini tampil dengan gaya rambut terbaru, persis artis Hollywood.

Pelakon dan juga anak kepada penyanyi lagenda Amy Search ini dilihat telah  memuat naik beberapa keping foto menggayakan rambut potongan ‘Cornrow’ sempena satu projek khas di laman instagram miliknya.

View this post on Instagram

Adik boleh ketepi sikit ok…? Make up : @boscoryzal Styled by @holyblackrapunzel Nails : @fabulash.my Hair : @twistandtwinesalon Captured by always my favourite ? @niezamzaini

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Tampil bergaya dengan mengenakan sut potongan ‘baggy’ dalam warna kuning neon, penampilan Nabila Huda ternyata memukau dan kelihatan lebih ‘berani’.

Peminat serta netizen yang mengikuti perkembangan pelakon filem Munafik ini nyata teruja dengan penampilan baru itu malah ada yang menyamakan Nabila dengan bintang Hollywood sensasi iaitu Nicki Minaj.

Sekadar maklumat tambahan, Nabila Huda yang sentiasa berani dalam penampilan dan menyuarakan pendapat ini telah mula bertapak di medan seni dan memulakan karier lakonan seawal usianya 17 tahun iaitu sekitar tahun 2001. 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments