#Hiburan: “Merangkak Cari Saya Di Akhirat” – Minta Pemfitnah Minta Maaf, Netizen Rasa Ayat Zarina Zainuddin Berlebihan?

Baru-baru ini, perubahan di muka pelakon Zarina Zainuddin menjadi perhatian ramai kerana dia sama sekali kelihatan sangat berbeza apabila membuat promosi festival makanan di Singapura.

Susulan perubahan drastik bentuk hidungnya, kebanyakkan netizen membuat andaian bahawa Zarina telah melakukan pembedahan plastik.

Advertisement

Berang dengan tuduhan yang dilemparkan oleh warganet di platform media sosial, pelakon terbabit tampil bersuara dengan memuat naik satu video pendek di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Pelakon yang juga merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata itu menegaskan bahawa segala tuduhan yang dibuat oleh netizen sama sekali tidak benar dan perubahan yang berlaku kepada mukanya akibat daripada masalah sinus teruk serta migrain.

Tambahannya lagi, dia tersinggung dengan komen-komen negatif dan meminta netizen yang memfitnahnya untuk memohon maaf.

Saya minta netizen buat fitnah ni jumpa saya untuk mohon maaf sebelum meninggal dunia atau terpaksa merangkak cari saya di akhirat kelak.

Ekoran berkata sedemikian, netizen berpendapat pelakon berkenaan tidak perlu berkata seperti itu dan lebih baik memaafkan dari menyimpan dendam.

komen netizen

Bahkan, ramai menasihati Zarina agar tidak terlalu mengikut emosinya dengan meminta ‘pemfitnah’ merangkak carinya di akhirat dan memudahkan urusan semua orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

3 hari lalu

Muat Naik Video 'Wedding' Serba Mewah, Fatin Afeefa Sudah Bernikah Dengan Tunang Jutawan Semalam?

The post “Merangkak Cari Saya Di Akhirat” – Minta Pemfitnah Minta Maaf, Netizen Rasa Ayat Zarina Zainuddin Berlebihan? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments