Video TikTok daripada seorang lelaki Iran mengundang pelbagai respon warganet selepas dia berkata rakyat Malaysia tidak bersyukur dengan kualiti jalan raya di negara ini.
Berdasarkan video tersebut, lelaki itu menyatakan pandangan peribadinya dan berpendapat kualiti jalan raya di Malaysia sudah cukup baik.
Malah, dia turut membandingkan jalan raya di negara ini yang menurutnya lebih baik daripada negara asalnya. Difahamkan, dia sering mendapat soalan daripada warganet tentang bagaimana dia boleh memandu kereta jenis BMW yang lowered di jalan-jalan di Malaysia.
Mereka (yang bertanya) ini tidak bersyukur. Jalan raya kamu (Malaysia) bagus. Kereta saya sudah lowered selama 6 bulan dan saya tidak pernah ada masalah. Kalau kamu tengok negara tempat kelahiran saya, keadaan jalan, kamu akan rasa bersyukur di mana kamu tinggal (Malaysia).”
@amiralij7 Why you shouldn’t be afraid of lowering your car ! #car #cartok #malaysia
Katanya lagi, jika seseorang itu memandu kereta lowered dan melanggar sesuatu di bahagian hadapan ia bermaksud individu tersebut tidak memiliki skil pemanduan yang baik.
Pendapat lelaki itu bagaimanapun mendapat pelbagai jenis komen daripada rakyat Malaysia di TikTok yang tidak bersetuju dengan kata-katanya.
Ramai yang berkata lelaki tersebut belum pernah memandu di kawasan yang mempunyai kualiti jalan raya yang sangat teruk terutamanya di kawasan terpencil atau pedalaman.
Bukan itu sahaja, ramai netizen mencadangkan agar dia pergi ke Sabah dan cuba memandu kereta BMW miliknya yang lowered itu di negeri tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Lelaki Iran Kata ‘Malaysians’ Tak Bersyukur Dengan Kualiti Jalan Raya, Persoal ‘Skill’ Pemanduan – “Berhenti Complain” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments