#Hiburan: “Jaga La Badan Sikit Datin..” – Berat Badan Berbeza Dari Zaman Anak Dara, Peminat ‘Risau’ Tengok Keadaan Terkini Almy Nadia

Perkongsian video oleh seorang individu yang memaparkan aktres Almy Nadia menaiki motosikal telah mencuri perhatian netizen terutamanya peminat pelakon filem Dunia Baru The Movie itu.

Sudah agak lama Almy tidak muncul di kaca TV, penampilan terkini pelakon itu juga agak mengejutkan netizen kerana dikatakan agak ‘berbeza’ daripada zaman sebelum kahwin dahulu.

Advertisement

Dalam video tersebut, Almy dilihat sedang menunggang motosikal sambil dirakam suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

Mas Idayu
21 jam lalu

"Untung Mummy Dapat Yang Setia.." - Mas Idayu Luah Rasa Syukur Suami Bukan 'Kaki Curang'

Meninjau ruangan komen hantaran video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan ada juga yang menasihati Almy Nadia agar menjaga kesihatan luar dan dalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Sayang tu memang sayang tapi lelaki kadang dia nak tengok yang cantik-cantik je. Ni dah berisi sangat-sangat. Jaga la sikit datin badan. Buat bariatric ke, sayang lawa-lawa dulu.

Kata warga maya lagi, Almy haruslah mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan sebarang penyakit berbahaya.

Namun, dalam banyak-banyak komen kritikan, peminat tetap memuji kecantikan dan kecomelan Almy Nadia yang tidak berubah sejak dahulu.

 

The post “Jaga La Badan Sikit Datin..” – Berat Badan Berbeza Dari Zaman Anak Dara, Peminat ‘Risau’ Tengok Keadaan Terkini Almy Nadia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments