#Hiburan: “Terpaling Menyimpan” – Kekasih Kerja 4 Bulan Baru Ada RM1k, Lelaki Dilema Nak Kahwin Sebab Tak Nampak ‘Effort’

Satu luahan perasaan daripada seorang lelaki yang kurang senang dengan sikap teman wanitanya telah mengundang pelbagai respon daripada warga maya.

Kata lelaki itu, teman wanitanya seolah-olah tidak menunjukkan usaha untuk menyimpan wang bagi tujuan bernikah.

Advertisement

Dia dan kekasih khabarnya akan berkahwin pada awal tahun hadapan namun teman wanitanya masih mempunyai simpanan di bawah RM1,000.

Saya dah menyimpan wang melebihi RM20,000 dan pasangan saya berumur 23 tahun, baru mula kerja dalam empat bulan. Dia belum mula menyimpan dan duit nak kahwin baru ada bawah RM1,000 saja.

Berikutan itu, lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan dilema sama ada untuk membatalkan atau meneruskan rancangan berumah tangga dengan pasangannya itu.

Dekat sini saya tak berapa nak nampak effort dari pasangan saya. Saya dah nasihat dia supaya kurangkan perbelanjaan yang kehendak dan beli yang perlu sahaja. Tapi masih tak dapat buat savings banyak.

Malah, dia turut membandingkan keadaannya dulu ketika belajar dan sudah mampu menyimpan wang dengan banyak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan lelaki itu yang dianggap ‘terpaling menyimpan’ dan tidak mempunyai rasa empati.

TwitterSumber : Twitter  

Kau kena sedar setiap orang tak sama jalan hidup dia. Kau 23 dan start saving tu bagus, tapi ada orang umur 23 belum mampu. Jangan ingat semua orang sama.

Kalau macam ni punya berkira dan terpaling betul dan terpaling struggle, tak payah kahwin bang. Kau lelaki kot, kenapa berkira sangat kalau dia belum cukup duit nak kahwin.

Kata netizen lagi, lelaki itu sepatutnya memberi masa kepada pasangannya untuk menyimpan wang kerana kekasihnya itu baru sahaja mula bekerja di samping umur mereka yang masih muda.

Tips move on
7 hari lalu

Susah Nak 'Move On' Lepas Putus Cinta, Jom Cuba Tips 'Healing' Daripada Dr. Fadzilah Kamsah Ini

The post “Terpaling Menyimpan” – Kekasih Kerja 4 Bulan Baru Ada RM1k, Lelaki Dilema Nak Kahwin Sebab Tak Nampak ‘Effort’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments